PENGHANTARAN VIDEO PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSPP SECARA DALAM TALIAN 2021

Semua Pengurus Pasukan boleh menghantar video rakaman bagi Pertandingan Kemahiran Sofbol MSSPP Secara Dalam Talian 2021 melalui pautan mengikut daerah :


Daerah Seberang Perai Utara:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH SPU


Daerah Seberang Perai Tengah:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH SPT


Daerah Seberang Perai Selatan:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH SPS


Daerah Pulau:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH PULAU



TENTATIF KRONOLOGI DALAM PERTANDINGAN KEMAHIRAN SOFBOL MSSPP SECARA ATAS TALIAN 2021

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SOFBOL MSSPP SECARA ATAS TALIAN 2021 sudah pun bermula selepas taklimat Pengurus Pasukan diadakan pada 19 Ogos 2021.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting tentatif kronologi pertandingan untuk rujukan semua Pengurus Pasukan bagi melancarkan pengurusan peserta ke pertandingan ini.

 

TAKLIMAT PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSPP SECARA ATAS TALIAN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP akan diadakan seperti ketetapan senarai dibawah.

Bagi pengurus pasukan sekolah yang berminat boleh menyertai taklimat tatacara pelaksanaan pertandingan tersebut di link yang disediakan.

 

Tarikh : 19/08/2021 (Khamis)

Masa : 2.30 ptg

Tempat : Lokasi masing-masing melalui Google Meet

Pautan GM : https://meet.google.com/dxy-yxoq-zge


Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi PTPS Sofbol MSSPP - En. Safwan (019-2008103)

Kerjasama semua didahului dengan ucapan Terima Kasih.


"Menjana Kecemerlangan Atlet"

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSPP SECARA DALAM TALIAN 2021

Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol Secara Dalam Talian MSSPP 2021 dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos hingga 12 September 2021. Semua pelajar dari semua sekolah-sekolah KPM di bawah MSSPP  atau sekolah-sekolah Ahli Gabungan MSSPP adalah layak untuk menyertai pertandingan ini.

Tiga kategori peringkat umur dipertandingkan seperti berikut:

1) 12 TKB : Lelaki & Perempuan

2) 15 TKB : Lelaki & Perempuan

3) 18 TKB : Lelaki & Perempuan

Pertandingan dijalankan dalam dua peringkat seperti berikut:

1) Daerah : Pulau, Utara, Tengah & Selatan (5 pemenang peringkat daerah akan ke peringkat negeri)

2) Negeri

Antara kemahiran yang dipertandingkan seperti berikut:

1) Kemahiran Memukul (Batting)

2) Kemahiran Menampan (Bunting) 

3) Kemahiran Baling dan Tangkap (Throwing and Catching) 

Semua peserta mesti menggunakan pemukul yang dibuat sendiri (rujuk kertas konsep) dan bola selain bola sofbol seperti bola tenis.

Semua aktiviti kemahiran perlu dirakamkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh JK Teknikal Sofbol MSSPP.

Makluman lebih lanjut tentang pertandingan akan diberi semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan pada 19 Ogos 2021. 

Pautan untuk pengesahan pendaftaran ------> 

Pengesahan Penyertaan Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP 2021

Pautan kertas konsep pertandingan secara dalam talian untuk rujukan sementara ------->

Konsep Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP Secara Dalam Talian 2021

Maklumat lanjut mengenai pertandingan kemahiran sofbol secara atas talian boleh dilayari melalui pautan berikut ------->

Maklumat Lanjut Pertandingan

Semoga pertandingan ini dapat menjana kecemerlangan atlet MSSPP.


UCAPAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM "STAY HOME , STAY FIT" 2021

Jawatankuasa Sofbol MSSPP mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program "Stay Home, Stay Fit" bagi Program Latihan Kecergasan Sukan Sofbol MSSPP 2021. Program yang julung kali diadakan pada tahun ini selaras dengan ketetapan akibat keadaan pandemik yang melanda negara.

Semua peserta yang telah mendaftar dikehendaki melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan selama 4 minggu mengikut ketetapan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh JK Teknikal Sofbol MSSPP. Sebanyak 13 sekolah rendah dan 18 sekolah menengah telah menyertai program kali ini.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan guru serta sekolah yang menyertai Program "Stay Home, Stay Fit".


Program "Stay Home, Stay Fit" Minggu 4

Pada minggu ini berlangsung Program "Stay Home, Stay Fit" Minggu 4 bagi program Latihan Kecergasan Sukan Sofbol MSSPP 2021. Semua peserta yang telah mendaftar dikehendaki melakukan aktiviti-aktiviti minggu TERAKHIR seperti berikut:

1. WARMING UP

2. Push Up (20 kali)

3. Sit Up (20 kali)

4. SQUAT (20 kali)

5. Plunk (45 saat)

6. Burpee (20 kali)

7. Lunges (20 kali)

 Ulang 3 kali aktiviti 2 hingga 7

8.COOLING DOWN

Video aktiviti mingggu kedua boleh ditonton melalui pautan https://youtu.be/PTyjYJl42CA



Rakaman video bagi aktiviti minggu ketiga berdurasi 1 minit perlu dilakukan dan dihantar melalui pautan Borang Penghantaran Video Minggu 4

Program "Stay Home, Stay Fit" Minggu 3

Pada minggu ini berlangsung Program "Stay Home, Stay Fit" Minggu 3 bagi program Latihan Kecergasan Sukan Sofbol MSSPP 2021. Semua peserta yang telah mendaftar dikehendaki melakukan aktiviti-aktiviti minggu ketiga seperti berikut:

1. WARMING UP

2. Push Up (15 kali)

3. Sit Up (15 kali)

4. SQUAT (15 kali)

5. Plunk (30 saat)

6. Burpee (15 kali)

Ulang 3 kali

7.COOLING DOWN

Video aktiviti mingggu kedua boleh ditonton melalui pautan https://youtu.be/QzOk5kmRxLw



Rakaman video bagi aktiviti minggu ketiga berdurasi 1 minit perlu dilakukan dan dihantar melalui pautan Borang Penghantaran Video Minggu 3


Program "Stay Home, Stay Fit" Minggu 2

Pada minggu ini berlangsung Program "Stay Home, Stay Fit" bagi program Latihan Kecergasan Sukan Sofbol MSSPP 2021. Semua peserta yang telah mendaftar dikehendaki melakukan aktiviti-aktiviti minggu kedua seperti berikut:

1. WARMING UP

2. Push Up (12 kali)

3. Sit Up (12 kali)

4. SQUAT (12 kali)

         5. Plunk (20 saat)

Ulang 3 kali

6.COOLING DOWN

Video aktiviti mingggu kedua boleh ditonton melalui pautan https://youtu.be/iXdJ0J5a2qM


Rakaman video bagi aktiviti Push Up/ Sit Up/ Squat berdurasi 1 minit perlu dilakukan dan dihantar melalui pautan Borang Penghantaran Video Minggu 2

Program "Stay Home Stay Fit " Minggu 1

Pada minggu ini berlangsung Program "Stay Home, Stay Fit" bagi program Latihan Kecergasan Sukan Sofbol MSSPP 2021. Semua peserta yang telah mendaftar dikehendaki melakukan aktiviti-aktiviti minggu pertama seperti berikut:

1. WARMING UP

2. Push Up (10 kali)

3. Sit Up (10 kali)

4. SQUAT (10 kali)

Ulang 3 kali

5.COOLING DOWN

Video aktiviti mingggu pertama boleh ditonton melalui pautan https://youtu.be/2TbqlwQxRqI



Rakaman video bagi aktiviti Push Up/ Sit Up/ Squat berdurasi 1 minit perlu dilakukan dan dihantar melalui pautan Borang Penghantaran Video Minggu 1

PROGRAM LATIHAN KECERGASAN SOFBOL MSSPP 2021

PROGRAM "STAY HOME, STAY FIT" - LATIHAN KECERGASAN SOFBOL MSSPP 2021 akan diadakan selama 4 minggu bertujuan membimbing pemain-pemain sofbol agar kekal cergas walaupun tidak ada aktiviti permainan sofbol di peringkat sekolah atau MSSPP ketika ini

Program ini juga akan menjadi rujukan bagi memilih peserta-peserta yang layak untuk ke program pembangunan Pasukan Sofbol MSSPP ke Kejohanan Sofbol MSSM akan datang. 

Latihan akan dilakukan oleh setiap peserta di tempat masing-masing mengikut aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh JK Teknikal Sofbol MSSPP. 

Maklumat tentang latihan akan dimaklumkan kepada semua peserta selepas minggu pendaftaran selesai pada 14 Mac 2021.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar 18 tahun ke bawah (Lelaki/Perempuan) atau 12 tahun ke bawah (Lelaki/Perempuan) bagi tahun 2021.

Pelajar dari semua sekolah-sekolah KPM di bawah MSSPP  atau sekolah-sekolah Ahli Gabungan MSSPP adalah layak untuk menyertai aktiviti ini.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan di bawah.

Pautan -  Pendaftaran E-Latihan Kecergasan Sofbol MSSPP 2021

Maklumat Ringkas Program "STAY HOME, STAY FIT"

Pautan -  Maklumat Program Stay Home Stay Fit

SELAMAT TAHUN BARU CINA

JK Teknikal Sofbol MSSPP mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan sofbol MSSPP.


SELAMAT TAHUN BARU 2021

 JK Teknikal Sofbol MSSPP mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan sofbol MSSPP.