PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSPP SECARA DALAM TALIAN 2021

Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol Secara Dalam Talian MSSPP 2021 dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos hingga 12 September 2021. Semua pelajar dari semua sekolah-sekolah KPM di bawah MSSPP  atau sekolah-sekolah Ahli Gabungan MSSPP adalah layak untuk menyertai pertandingan ini.

Tiga kategori peringkat umur dipertandingkan seperti berikut:

1) 12 TKB : Lelaki & Perempuan

2) 15 TKB : Lelaki & Perempuan

3) 18 TKB : Lelaki & Perempuan

Pertandingan dijalankan dalam dua peringkat seperti berikut:

1) Daerah : Pulau, Utara, Tengah & Selatan (5 pemenang peringkat daerah akan ke peringkat negeri)

2) Negeri

Antara kemahiran yang dipertandingkan seperti berikut:

1) Kemahiran Memukul (Batting)

2) Kemahiran Menampan (Bunting) 

3) Kemahiran Baling dan Tangkap (Throwing and Catching) 

Semua peserta mesti menggunakan pemukul yang dibuat sendiri (rujuk kertas konsep) dan bola selain bola sofbol seperti bola tenis.

Semua aktiviti kemahiran perlu dirakamkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh JK Teknikal Sofbol MSSPP.

Makluman lebih lanjut tentang pertandingan akan diberi semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan pada 19 Ogos 2021. 

Pautan untuk pengesahan pendaftaran ------> 

Pengesahan Penyertaan Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP 2021

Pautan kertas konsep pertandingan secara dalam talian untuk rujukan sementara ------->

Konsep Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP Secara Dalam Talian 2021

Maklumat lanjut mengenai pertandingan kemahiran sofbol secara atas talian boleh dilayari melalui pautan berikut ------->

Maklumat Lanjut Pertandingan

Semoga pertandingan ini dapat menjana kecemerlangan atlet MSSPP.