Keputusan Kejohanan Sofbol MSSPP B18 2019

Kejohanan Sofbol MSSPP B18 2019 telah berakhir pada 22 April 2019. Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat dengan kejohanan dan syabas diucapkan kepada sekolah yang telah memenangi kejohanan tahun ini. Berikut adalah keputusan kejohanan.

KEPUTUSAN AKHIR LELAKI  L18

Johan - SMK ALMA
Naib Johan - SMK KG SELAMAT
Ketiga - SMK PENANG FREE
Keempat - KV BUTTERWORTH


KEPUTUSAN AKHIR PEREMPUAN P18

Johan - SMK DATUK HAJI HASAN NOH
Naib Johan - SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
Ketiga - SMK KG SELAMAT
Keempat - SMK PERMATANG TOK JAYA

Kejohanan Sofbol MSSPP B18 2019

Pada 15 April 2019 telah bermula Kejohanan Sofbol B18 2019 mengikut ketetapan berikut:

                 Tarikh : 15 April 2019 hingga 22 April 2019
                 Tempat : Padang SMK Datuk Haji Abdul Kadir
                 Masa : Rujuk Jadual Kejohanan

Kejohanan tahun ini melibatkan 25 sekolah bagi kategori lelaki L18 manakala 20 sekolah bagi kategori perempuan P18.

Keputusan Kejohanan Sofbol MSSPP B12 2019

Kejohanan Sofbol MSSPP B12 2019 telah berakhir pada 12 April 2019. Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat dengan kejohanan dan syabas diucapkan kepada sekolah yang telah memenangi kejohanan tahun ini. Berikut adalah keputusan kejohanan.


KEPUTUSAN AKHIR LELAKI L12

Johan - SK BAGAN AJAM             
Naib Johan - SK PENGKALAN JAYA
Ketiga - SK PASIR GEBU             
Keempat - SK PADANG MENORA


KEPUTUSAN AKHIR PEREMPUAN P12

Johan - SK SERI PERMAI
Naib Johan - SK KEBUN SIREH
Ketiga - SK BERTAM INDAH
Keempat - SK PASIR GEBU

Kejohanan Sofbol MSSPP B12 2019

Pada 8 April 2019 bermula Kejohanan Sofbol MSSPP Bawah 12 2019 telah bermula mengikut ketetapan berikut:

        Tarikh - 8 April 2019 hingga 12 April 2019
        Tempat - Padang SMK Datuk Haji Abdul Kadir
        Masa - Rujuk jadual kejohanan

Selamat bertanding diucapkan kepada semua sekolah yang terlibat dengan kejohanan.

Persiapan Gelanggang Kejohanan Sofbol MSSPP 2019

Pada 4 April 2019 bertempat di padang SMK Datuk Haji Abdul Kadir bermula persiapan gelanggang bagi Kejohanan Sofbol MSSPP 2019. Penyelenggaraan tiga 'backstop' telah dilakukan dengan bantuan dua pengajar dan lapan pelajar Kursus Kimpalan dari KV Butterworth manakala penyediaan empat gelanggang dilakukan oleh JK Teknikal yang akan digunakan untuk Kejohanan Sofbol MSSPP peringkat negeri yang akan bermula pada 8 April hingga 22 April 2019.

Taklimat Kepengadilan dan Kepegawaian Kejohanan Sofbol MSSPP 2019

Taklimat Kepengadilan dan Kepegawaian Kejohanan Sofbol MSSPP 2019 akan diadakan untuk semua pegawai yang terlibat pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Mac 2019
Hari : Khamis
Jam : 8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tempat : SMK Datuk Haji Abdul Kadir
Pegawai : Pengurus Pasukan / Pengadil / JK Teknikal Sofbol MSSPP

Taklimat diadakan bagi melancarkan pelaksanaan Kejohanan Sofbol MSSPP 2019.

Pengesahan Pendaftaran Kejohanan Sofbol MSSPP 2019

Pengurus Pasukan Sofbol bagi sekolah-sekolah Pulau Pinang yang ingin menyertai Kejohanan Sofbol MSSPP 2019 diminta supaya mengisi Borang Pengesahan atas talian seperti yang dimaklumkan di dalam surat makluman tentang kejohanan tersebut.

Klik --->  Pengesahan Penyertaan Kejohanan Sofbol MSSPP 2019

Selamat Bersiaran

Selamat Datang Ke Weblog Rasmi Sofbol MSSPP yang mula bersiaran pada 3 Mac 2019