Persiapan Akhir Kejohanan Sofbol MSSPP 12 & 18 TKB Peringkat Negeri 2023

Persiapan akhir telah dijalankan bagi menghadapi Kejohanan Sofbol MSSPP peringkat negeri yang bakal berlangsung pada 31 Julai ini di SMK Sama Gagah sebagai sekolah pengelola. Jawatankuasa Teknikal dan Urusetia kejohanan berhempas pulas untuk memastikan program berjalan lancar dan mengikut perancangan. 









πŸ’₯(TERKINI) Jadual Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Peringkat Negeri 2023

Kepada sekolah-sekolah di Pulau Pinang yang telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Peringkat Negeri baru-baru ini, berikut dipaparkan jadual terkini kejohanan. Surat siaran yang kedua telah pun diemelkan ke sekolah-sekolah yang mengambil bahagian bermula 14 Julai 2023.

Klik pautan di bawah untuk melihat jadual terkini

πŸ‘‰JADUAL KEJOHANAN SOFBOL MSSPP PERINGKAT NEGERI 2023


Bengkel Kepengadilan & Scoring Sukan Sofbol MSSPP Tahun 2023




Dua bengkel telah  dilaksanakan di bilik mesyuarat SMK Sama Gagah pada 3 Julai yang lalu bagi persediaan menghadapi kejohanan sofbol peringkat negeri tidak lama lagi. Bengkel tersebut adalah Bengkel Kepengadilan dan Bengkel Scoring

Penceramah yang terlibat dalam bengkel-bengkel tersebut ialah En. Shukri bin Abdul Rashid dan En. Muhammad Hidayat bin Ishak (Bengkel Kepengadilan), En. Mohd Fazli bin Adenan dan Pn. Salina binti Shariff (Bengkel Scoring)



Pengesahan Penyertaan Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP 2023


Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP 2023 bakal berlangsung di Padang SMK Sama Gagah, SPT. Semua pelajar dari semua sekolah-sekolah KPM di bawah MSSPP  atau sekolah-sekolah Ahli Gabungan MSSPP adalah layak untuk menyertai pertandingan ini. 

Dua kategori peringkat umur dipertandingkan seperti berikut:

1) 12 TKB : Lelaki & Perempuan

2) 18 TKB : Lelaki & Perempuan

Pertandingan dijalankan dalam satu kejohanan peringkat negeri seperti berikut:

1) Peringkat Negeri 12TKB pada 31 Julai - 4 Ogos 2023

2) Peringkat Negeri 18TKB pada 7 - 14 Ogos 2023

Kaedah pertandingan bagi 18 TKB dan 12 TKB adalah seperti biasa mengikut Peraturan-peraturan MSSM dan Peraturan-peraturan MSSPP.

Makluman lebih lanjut tentang pertandingan akan diberi semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan selepas tempoh Pengesahan Penyertaan selesai.

Pautan untuk pengesahan pendaftaran:

πŸ‘‰ PENGESAHAN PENYERTAAN πŸ‘ˆ


Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP 2023

Pada 15 Jun 2023 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP di Bilik Mesyuarat SMK Sama Gagah, SPT bagi membincangkan program-program sukan sofbol tahun 2023. Antara program yang bakal diadakan termasuklah Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Peringkat Negeri, Program Pemilihan Pemain MSSPP, Program Latihan Pusat MSSPP dan seterusnya penyertaan Pasukan Sofbol MSSPP ke Kejohanan Sukan Sofbol MSSM 2023.

Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP bakal diadakan di padang SMK Sama Gagah bermula pada 10 Julai 2023 nanti. Pemilihan padang dilakukan setelah melihat dan menilai kesesuaian padang untuk diadakan kejohanan sukan sofbol untuk kali ini. 

Kejohanan tahun ini melibatkan 4 kategori iaitu18TKB Lelaki, 18 TKB Perempuan, 12 TKB Lelaki dan 12 TKB Perempuan. Semua acara bagi  kategori tersebut akan dijalankan seperti biasa merujuk kepada Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSM dan Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP. 

Semoga perjalanan program-program sukan sofbol tahun ini berjalan lancar dalam memajukan sukan sofbol MSSPP.