Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP 2022

Pada 26 Mei 2022 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP di SMK Bertam Perdana, SPU bagi membincangkan program-program sukan sofbol tahun 2022. Antara program yang bakal diadakan ialah Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Peringkat Negeri, Program Pemilihan Pemain MSSPP, Program Latihan Pusat MSSPP dan seterusnya penyertaan Pasukan Sofbol MSSPP ke Kejohanan Sukan Sofbol MSSM.

Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP bakal diadakan di Padang SMK Bertam Perdana setelah proses lawatan padang dan penilaian padang yang dilakukan juga pada hari tersebut. Pemilihan dilakukan setelah melihat dan menilai kesesuaian padang untuk diadakan kejohanan sukan sofbol untuk kali ini. 

Kejohanan tahun ini melibatkan 4 kategori iaitu 18TKB Lelaki, 18 TKB Perempuan, 12 TKB Lelaki dan 12 TKB Perempuan. Bagi acara 18 TKB Lelaki dan 18 TKB Perempuan, permainan yang dijalankan adalah seperti biasa merujuk kepada Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSM dan Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP. Manakala bagi 12TKB Lelaki dan 12TKB Perempuan, terdapat perubahan permainan sofbol di mana penggunaan "Batting Tee" untuk pukulan bola.

Semoga perjalanan program-program sukan sofbol tahun ini berjalan lancar dalam memajukan sukan sofbol MSSPP.