KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN SOFBOL MSSPP 2020 BAGI KATEGORI 18 TKB

Pada 2 Mac 2020 telah tamat Kejohanan Sofbol MSSPP 2020 bagi kategori lelaki L18 dan perempuan P18 di Padang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Keputusan akhir adalah seperti berikut:



KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN SOFBOL MSSPP LELAKI L18

JOHAN - SMK KAMPONG SELAMAT            
NAIB JOHAN - SMJK JIT SIN
KETIGA - SMJK CHUNG HWA CONF
KEEMPAT - SMK GEMILANG


KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN SOFBOL MSSPP PEREMPUAN P18

JOHAN - MRSM TRANSKRIAN
NAIB JOHAN - SMK PERMATANG RAWA
KETIGA - SMK BAKTI
KEEMPAT - SMK TINGGI BKT MERTAJAM

KEJOHANAN SOFBOL MSSPP 2020 BAGI 18TKB

Pada 24 Februari 2020 bermula Kejohanan Sofbol MSSPP 2020 bagi kategori lelaki L18 dan perempuan P18. Kejohanan kali ini berlangsung di Padang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang akan berakhir pada 2 Mac 2020. Semua pasukan dinasihatkan mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan oleh urusetia kejohanan.

Selamat bertanding kepada semua pasukan.


KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN SOFBOL MSSPP 2020 BAGI KATEGORI 12 TKB

Pada 21 Januari 2020 telah tamat Kejohanan Sofbol MSSPP 2020 bagi kategori lelaki L12 dan perempuan P12 di Padang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Keputusan akhir adalah seperti berikut:


KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN SOFBOL MSSPP LELAKI L12

JOHAN - SK SERI PERMAI            
NAIB JOHAN - SK KEBUN SIREH
KETIGA - SK PENGKALAN JAYA
KEEMPAT - SK JURU


KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN SOFBOL MSSPP PEREMPUAN P12

JOHAN - SK KAMPONG SELAMAT
NAIB JOHAN - SK BERTAM INDAH
KETIGA - SK SERI PERMAI
KEEMPAT - SK KEBUN SIREH

KEJOHANAN SOFBOL MSSPP 2020 BAGI 12TKB

Pada 17 Februari 2020 bermula Kejohanan Sofbol MSSPP 2020 bagi kategori lelaki L12 dan perempuan P12. Kejohanan kali ini berlangsung di Padang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang akan berakhir pada 21 Januari 2020. Semua pasukan dinasihatkan mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan oleh urusetia kejohanan.

Selamat bertanding kepada semua pasukan.


TAKLIMAT KEPENGADILAN DAN KEPEGAWAIAN SOFBOL MSSPP 2020

Pada 29 Januari 2020, bertempat di SK Bertam Indah telah berlangsung TAKLIMAT KEPENGADILAN DAN KEPEGAWAIAN SOFBOL MSSPP 2020 untuk semua pengurus pasukan dan pengadil bagi Kejohanan Sofbol MSSPP 2020 yang akan diadakan bagi tahun 2020.

Pendaftaran Awal bagi Kejohanan Sofbol MSSPP tahun 2020

Semua sekolah yang ingin menyertai Kejohanan Sofbol MSSPP tahun 2020 peringkat umur 12TKB(L/P) dan 18TKB(l/P) perlu mengisi borang atas talian untuk tujuan pengesahan penyertaan.

Berikut adalah pautan bagi Borang Atas Talian bagi menyertai Kejohanan Sofbol MSSPP tahun 2020.

Mesyuarat JK Teknikal Sofbol MSSPP

Pada 15 Januari 2020, Mesyuarat JK Teknikal Sofbol MSSPP telah dijalankan di SK Bertam Indah bertujuan membincangkan perjalanan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti sofbol MSSPP bagi tahun ini. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan Kejohanan MSSPP yang akan diadakan pada 17 hingga 28 Februari 2020 dan venue baru kejohanan bagi tahun ini. Selain itu, cadangan pegawai-pegawai yang akan terlibat di dalam Kejohanan Sofbol MSSM turut diajukan untuk tujuan pelantikan dan perancangan awal bagi membawa kontinjen sofbol MSSPP ke MSSM yang akan diadakan di Perak pada cuti persekolahan Mac yang akan datang.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat tahun baru 2020 kepada semua yang melayari Blog Sofbol MSSPP. Bertemu kembali untuk disampaikan maklumat-maklumat berkaitan Sofbol MSSPP bagi tahun ini