Mesyuarat JK Teknikal Sofbol MSSPP

Pada 15 Januari 2020, Mesyuarat JK Teknikal Sofbol MSSPP telah dijalankan di SK Bertam Indah bertujuan membincangkan perjalanan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti sofbol MSSPP bagi tahun ini. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan Kejohanan MSSPP yang akan diadakan pada 17 hingga 28 Februari 2020 dan venue baru kejohanan bagi tahun ini. Selain itu, cadangan pegawai-pegawai yang akan terlibat di dalam Kejohanan Sofbol MSSM turut diajukan untuk tujuan pelantikan dan perancangan awal bagi membawa kontinjen sofbol MSSPP ke MSSM yang akan diadakan di Perak pada cuti persekolahan Mac yang akan datang.