Pengesahan Penyertaan Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP 2022

Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP 2022 bakal berlangsung di Padang SMK Bertam Perdana, SPU. Semua pelajar dari semua sekolah-sekolah KPM di bawah MSSPP  atau sekolah-sekolah Ahli Gabungan MSSPP adalah layak untuk menyertai pertandingan ini. 

Dua kategori peringkat umur dipertandingkan seperti berikut:

1) 12 TKB : Lelaki & Perempuan

2) 18 TKB : Lelaki & Perempuan

Pertandingan dijalankan dalam satu kejohanan peringkat negeri seperti berikut:

1) Peringkat Negeri 12TKB pada 18 hingga 22 Julai 2022

2) Peringkat Negeri 18TKB pada 25 hingga 29 Julai 2022

Kaedah pertandingan bagi 18 TKB adalah seperti biasa mengikut Peraturan-peraturan MSSM dan Peraturan-peraturan MSSPP. Manakala pertandingan bagi 12 TKB menggunakan "Batting Tee" dan Peraturan-peraturan MSSM serta Peraturan-peraturan MSSPP yang akan diubahsuai untuk tahun 2022.

Makluman lebih lanjut tentang pertandingan akan diberi semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan selepas tempoh Pengesahan Penyertaan selesai.

Pautan untuk pengesahan pendaftaran ------> 

Pengesahan Penyertaan

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP 2022

Pada 26 Mei 2022 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP di SMK Bertam Perdana, SPU bagi membincangkan program-program sukan sofbol tahun 2022. Antara program yang bakal diadakan ialah Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Peringkat Negeri, Program Pemilihan Pemain MSSPP, Program Latihan Pusat MSSPP dan seterusnya penyertaan Pasukan Sofbol MSSPP ke Kejohanan Sukan Sofbol MSSM.

Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP bakal diadakan di Padang SMK Bertam Perdana setelah proses lawatan padang dan penilaian padang yang dilakukan juga pada hari tersebut. Pemilihan dilakukan setelah melihat dan menilai kesesuaian padang untuk diadakan kejohanan sukan sofbol untuk kali ini. 

Kejohanan tahun ini melibatkan 4 kategori iaitu 18TKB Lelaki, 18 TKB Perempuan, 12 TKB Lelaki dan 12 TKB Perempuan. Bagi acara 18 TKB Lelaki dan 18 TKB Perempuan, permainan yang dijalankan adalah seperti biasa merujuk kepada Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSM dan Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP. Manakala bagi 12TKB Lelaki dan 12TKB Perempuan, terdapat perubahan permainan sofbol di mana penggunaan "Batting Tee" untuk pukulan bola.

Semoga perjalanan program-program sukan sofbol tahun ini berjalan lancar dalam memajukan sukan sofbol MSSPP.