PENGHANTARAN VIDEO PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSPP SECARA DALAM TALIAN 2021

Semua Pengurus Pasukan boleh menghantar video rakaman bagi Pertandingan Kemahiran Sofbol MSSPP Secara Dalam Talian 2021 melalui pautan mengikut daerah :


Daerah Seberang Perai Utara:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH SPU


Daerah Seberang Perai Tengah:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH SPT


Daerah Seberang Perai Selatan:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH SPS


Daerah Pulau:

PAUTAN PENGHANTARAN VIDEO DAERAH PULAU



TENTATIF KRONOLOGI DALAM PERTANDINGAN KEMAHIRAN SOFBOL MSSPP SECARA ATAS TALIAN 2021

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SOFBOL MSSPP SECARA ATAS TALIAN 2021 sudah pun bermula selepas taklimat Pengurus Pasukan diadakan pada 19 Ogos 2021.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting tentatif kronologi pertandingan untuk rujukan semua Pengurus Pasukan bagi melancarkan pengurusan peserta ke pertandingan ini.

 

TAKLIMAT PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSPP SECARA ATAS TALIAN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP akan diadakan seperti ketetapan senarai dibawah.

Bagi pengurus pasukan sekolah yang berminat boleh menyertai taklimat tatacara pelaksanaan pertandingan tersebut di link yang disediakan.

 

Tarikh : 19/08/2021 (Khamis)

Masa : 2.30 ptg

Tempat : Lokasi masing-masing melalui Google Meet

Pautan GM : https://meet.google.com/dxy-yxoq-zge


Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi PTPS Sofbol MSSPP - En. Safwan (019-2008103)

Kerjasama semua didahului dengan ucapan Terima Kasih.


"Menjana Kecemerlangan Atlet"

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSPP SECARA DALAM TALIAN 2021

Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol Secara Dalam Talian MSSPP 2021 dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos hingga 12 September 2021. Semua pelajar dari semua sekolah-sekolah KPM di bawah MSSPP  atau sekolah-sekolah Ahli Gabungan MSSPP adalah layak untuk menyertai pertandingan ini.

Tiga kategori peringkat umur dipertandingkan seperti berikut:

1) 12 TKB : Lelaki & Perempuan

2) 15 TKB : Lelaki & Perempuan

3) 18 TKB : Lelaki & Perempuan

Pertandingan dijalankan dalam dua peringkat seperti berikut:

1) Daerah : Pulau, Utara, Tengah & Selatan (5 pemenang peringkat daerah akan ke peringkat negeri)

2) Negeri

Antara kemahiran yang dipertandingkan seperti berikut:

1) Kemahiran Memukul (Batting)

2) Kemahiran Menampan (Bunting) 

3) Kemahiran Baling dan Tangkap (Throwing and Catching) 

Semua peserta mesti menggunakan pemukul yang dibuat sendiri (rujuk kertas konsep) dan bola selain bola sofbol seperti bola tenis.

Semua aktiviti kemahiran perlu dirakamkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh JK Teknikal Sofbol MSSPP.

Makluman lebih lanjut tentang pertandingan akan diberi semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan pada 19 Ogos 2021. 

Pautan untuk pengesahan pendaftaran ------> 

Pengesahan Penyertaan Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP 2021

Pautan kertas konsep pertandingan secara dalam talian untuk rujukan sementara ------->

Konsep Pertandingan Kemahiran Sukan Sofbol MSSPP Secara Dalam Talian 2021

Maklumat lanjut mengenai pertandingan kemahiran sofbol secara atas talian boleh dilayari melalui pautan berikut ------->

Maklumat Lanjut Pertandingan

Semoga pertandingan ini dapat menjana kecemerlangan atlet MSSPP.