Pendaftaran Awal bagi Kejohanan Sofbol MSSPP tahun 2020

Semua sekolah yang ingin menyertai Kejohanan Sofbol MSSPP tahun 2020 peringkat umur 12TKB(L/P) dan 18TKB(l/P) perlu mengisi borang atas talian untuk tujuan pengesahan penyertaan.

Berikut adalah pautan bagi Borang Atas Talian bagi menyertai Kejohanan Sofbol MSSPP tahun 2020.

Mesyuarat JK Teknikal Sofbol MSSPP

Pada 15 Januari 2020, Mesyuarat JK Teknikal Sofbol MSSPP telah dijalankan di SK Bertam Indah bertujuan membincangkan perjalanan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti sofbol MSSPP bagi tahun ini. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan Kejohanan MSSPP yang akan diadakan pada 17 hingga 28 Februari 2020 dan venue baru kejohanan bagi tahun ini. Selain itu, cadangan pegawai-pegawai yang akan terlibat di dalam Kejohanan Sofbol MSSM turut diajukan untuk tujuan pelantikan dan perancangan awal bagi membawa kontinjen sofbol MSSPP ke MSSM yang akan diadakan di Perak pada cuti persekolahan Mac yang akan datang.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat tahun baru 2020 kepada semua yang melayari Blog Sofbol MSSPP. Bertemu kembali untuk disampaikan maklumat-maklumat berkaitan Sofbol MSSPP bagi tahun ini