Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP 2023

Pada 15 Jun 2023 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sofbol MSSPP di Bilik Mesyuarat SMK Sama Gagah, SPT bagi membincangkan program-program sukan sofbol tahun 2023. Antara program yang bakal diadakan termasuklah Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Peringkat Negeri, Program Pemilihan Pemain MSSPP, Program Latihan Pusat MSSPP dan seterusnya penyertaan Pasukan Sofbol MSSPP ke Kejohanan Sukan Sofbol MSSM 2023.

Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP bakal diadakan di padang SMK Sama Gagah bermula pada 10 Julai 2023 nanti. Pemilihan padang dilakukan setelah melihat dan menilai kesesuaian padang untuk diadakan kejohanan sukan sofbol untuk kali ini. 

Kejohanan tahun ini melibatkan 4 kategori iaitu18TKB Lelaki, 18 TKB Perempuan, 12 TKB Lelaki dan 12 TKB Perempuan. Semua acara bagi  kategori tersebut akan dijalankan seperti biasa merujuk kepada Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSM dan Peraturan Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP. 

Semoga perjalanan program-program sukan sofbol tahun ini berjalan lancar dalam memajukan sukan sofbol MSSPP.