UCAPAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM "STAY HOME , STAY FIT" 2021

Jawatankuasa Sofbol MSSPP mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program "Stay Home, Stay Fit" bagi Program Latihan Kecergasan Sukan Sofbol MSSPP 2021. Program yang julung kali diadakan pada tahun ini selaras dengan ketetapan akibat keadaan pandemik yang melanda negara.

Semua peserta yang telah mendaftar dikehendaki melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan selama 4 minggu mengikut ketetapan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh JK Teknikal Sofbol MSSPP. Sebanyak 13 sekolah rendah dan 18 sekolah menengah telah menyertai program kali ini.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan guru serta sekolah yang menyertai Program "Stay Home, Stay Fit".