PROGRAM LATIHAN KECERGASAN SOFBOL MSSPP 2021

PROGRAM "STAY HOME, STAY FIT" - LATIHAN KECERGASAN SOFBOL MSSPP 2021 akan diadakan selama 4 minggu bertujuan membimbing pemain-pemain sofbol agar kekal cergas walaupun tidak ada aktiviti permainan sofbol di peringkat sekolah atau MSSPP ketika ini

Program ini juga akan menjadi rujukan bagi memilih peserta-peserta yang layak untuk ke program pembangunan Pasukan Sofbol MSSPP ke Kejohanan Sofbol MSSM akan datang. 

Latihan akan dilakukan oleh setiap peserta di tempat masing-masing mengikut aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh JK Teknikal Sofbol MSSPP. 

Maklumat tentang latihan akan dimaklumkan kepada semua peserta selepas minggu pendaftaran selesai pada 14 Mac 2021.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar 18 tahun ke bawah (Lelaki/Perempuan) atau 12 tahun ke bawah (Lelaki/Perempuan) bagi tahun 2021.

Pelajar dari semua sekolah-sekolah KPM di bawah MSSPP  atau sekolah-sekolah Ahli Gabungan MSSPP adalah layak untuk menyertai aktiviti ini.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan di bawah.

Pautan -  Pendaftaran E-Latihan Kecergasan Sofbol MSSPP 2021

Maklumat Ringkas Program "STAY HOME, STAY FIT"

Pautan -  Maklumat Program Stay Home Stay Fit