Bengkel Kepengadilan, Scoring & Taklimat Pengurus Pasukan Bagi Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Tahun 2024

JK Teknikal Sukan Sofbol MSSPP telah menjalankan dua sesi bengkel yang dilaksanakan di bilik mesyuarat SMK Sama Gagah pada 26 Jun yang lalu bagi persediaan menghadapi kejohanan sofbol peringkat negeri tidak lama lagi. Bengkel tersebut adalah Bengkel Kepengadilan dan Bengkel Scoring

Bengkel Kepengadilan telah dikelolakan oleh En. Shukri bin Abdul Rashid dan dibantu oleh En. Saiful Nazrin bin Jamaludin serta En. Norhisham bin Mohd Arshad manakala tenaga pengajar di bengkel scoring adalah Pn. Salina binti Shariff dan dibantu oleh En. Mohd Farizal bin Ramli.

Selesai sahaja berbengkel, taklimat bagi pengurus pasukan yang menyertai kejohanan pada tahun ini turut dijalankan. Penerangan telah disampaikan oleh Pengerusi Teknik sendiri En. Muhammad Nor Khairuddin bin Zakaria. Cabutan undian untuk penentuan kumpulan telah dibuat bagi kategori 12TKB (L&P) dan 18TKB (L&P)