Bengkel Kepengadilan, Scoring & Taklimat Pengurus Pasukan Bagi Kejohanan Sukan Sofbol MSSPP Tahun 2024

JK Teknikal Sukan Sofbol MSSPP telah menjalankan dua sesi bengkel yang dilaksanakan di bilik mesyuarat SMK Sama Gagah pada 26 Jun yang lalu bagi persediaan menghadapi kejohanan sofbol peringkat negeri tidak lama lagi. Bengkel tersebut adalah Bengkel Kepengadilan dan Bengkel Scoring

Bengkel Kepengadilan telah dikelolakan oleh En. Shukri bin Abdul Rashid dan dibantu oleh En. Saiful Nazrin bin Jamaludin serta En. Norhisham bin Mohd Arshad manakala tenaga pengajar di bengkel scoring adalah Pn. Salina binti Shariff dan dibantu oleh En. Mohd Farizal bin Ramli.

Selesai sahaja berbengkel, taklimat bagi pengurus pasukan yang menyertai kejohanan pada tahun ini turut dijalankan. Penerangan telah disampaikan oleh Pengerusi Teknik sendiri En. Muhammad Nor Khairuddin bin Zakaria. Cabutan undian untuk penentuan kumpulan telah dibuat bagi kategori 12TKB (L&P) dan 18TKB (L&P)












Bengkel Pengurusan JK Teknikal dan Pengadilan Sukan Sofbol MSSPP Tahun 2024







Bengkel Pengurusan JK Teknikal sesi 2024  telah dilaksanakan pada 9 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Sama Gagah, Permatang Pauh.

Antara maklumat yang dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan Kejohanan Sofbol MSSPP 2024, Pembangunan Sofbol Negeri, Kursus Kepengadilan Sofbol dan persediaan negeri Pulau Pinang bagi  penganjuran Kejohanan Sofbol MSSM 2024.

Bengkel ini turut dihadiri oleh En. Mohd Abdul Nasir bin Kalib, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Pulau Pinang bersama-sama JK Teknikal dan Pengadilan Sukan Sofbol yang lain.

Selesai sahaja bengkel, semua JK Teknikal bergerak melawat ke tapak lokasi penganjuran Kejohanan Sofbol MSSM 2024 di padang MARDI, Jalan Paya Keladi, Kepala Batas.